Thursday, May 20, 2010

video blogger terkemuka tanahair

video blogger terkemuka tanahair

mula-mula sekali, aku nak mintak maaf kepada semua blogger lain yang telah tag aku, dan aku tak tag kembali blogger lain.. dan kepada mereka yang bagi award tapi aku tak letak dalam blog aku.. mintak maaf banyak-banyak.. kenapa? sebab aku nak jaga style dan content blog aku.. blog aku bukan blog personal yang menceritakan kehidupan harian dan boleh dicampur aduk dengan content yang pelbagai.. semua entry aku, penulisan aku berkaitan video yang berkaitan ataupun kadang-kadang aku cerita sedikit tentang personal aku tetapi mesti aku relate-kan dengan video yang berkaitan.. itulah cabaran untuk aku dalam berblogging.. setiap hari aku kena buat penulisan disertakan video berkaitan..


jadi hari ni, aku nak dedicate-kan entry aku untuk otai-otai blogger tanahair yang mungkin ramai masih belum mengenali mereka ini.. sebab dewasa kini, yang selalu didengari ialah redmummy ja.. redmummy juga otai, takleh dinafikan.. entry aku ni cuma nak review blogger lain yang aku anggap mereka ni 'otai blogger'.. mereka-mereka ini juga adalah penyumbang trafik ke blog aku.. tanpa mereka, siapalah aku.. tanpa mereka, pencapaian blog tubelawak sekarang ini adalah mustahil..


www.jeebsion.com (link)

jeebsion.com adalah blog freelance photographer yang sangat hebat.. owner blog ni adalah sahabat aku juga.. kemahiran beliau dalam photography tak boleh dipertikaikan dan sangat berpengalaman dalam dunia photography.. sering membantu junior photographer untuk memantapkan lagi skill mengambil gambar.. semua gambar yang diambil melalui lensa kamera beliau diletakkan dalam blog beliau.. dan beliau pernah ditemu ramah oleh RTM TV1 kerana menulis lirik lagu "untukmu penyokong" yang ditulis khas untuk pemain bola sepak kedah menyanyikan kepada penyokong kedah..

video : jeebsion - untukmu penyokong di TV1


bududanbelacan.blogspot.com (link)

owner blog bududanbelacan ini lebih dikenali sebagai sue anna joe.. beliau juga adalah seorang freelance photographer.. baru-baru ini telah menimang cahaya mata yang pertama.. selepas menimang cahaya mata yang pertama, beliau telah mendirikan blog baru iaitu blog of an excited mom.. walaupun blog itu masih baru, tapi hits dia lebih dari tubelawak.. ahaha.. beliau adalah designer untuk poster filem susuk dan telah memenangi anugerah poster terbaik.. hebat kan?

video : susuk - poster terbaik by sue anna joe


tukartiub.blogspot.com (link)

ahaha.. yang ni kalau korang tak kenal, sila terjun longkang berhampiran rumah korang ya.. hishamuddin rais.. seorang aktivis yang sangat berpengalaman dalam bidang politik.. juga pernah mengarah sebuah filem bertajuk "dari jemapoh ke manchestee".. beliau bukanlah penyumbang trafik ke tubelawak.. tetapi beliau adalah idola aku dalam dunia blogging.. cara penulisan beliau walaupun ke arah politik, tetapi dibawa dalam bentuk jenaka tetapi sedikit kasar.. aku sangat mengagumi beliau.. apa yang hebat dengan hishamuddin rais ni? beliau pernah disumbat ke dalam ISA selama dua minggu pada 1994 dan pada tahun 2001.. kah kah kah.. sangat super cool bukan?

video : hishamuddin rais - sudut pandang gaza israel



cursingmalay.blogspot.com (link)

blog cursingmalay adalah penyumbang trafik terbanyak kepada blog tubelawak.. owner blog ini lebih dikenali sebagai mantot.. selalu menulis artikel yang menimbulkan kontroversi dan menjadi perbualan orang ramai.. penulisannya selalu berbentuk sinis dan 'direct'.. blog ini adalah blog rojak yang menggabungkan tajuk-tajuk politik, local porno, tutorial komputer dan lain-lain.. 


Related Posts with Thumbnails
Share This

15 comments:

  1. hehehe,pala hotak hang video tu

    ReplyDelete
  2. itu dia.. mantot muncul di tubelawak

    ReplyDelete
  3. nak g terjah ah blog diorang laks :)

    ReplyDelete
  4. nape kebelakangan nih suma video tubelawak belalang x leh view?

    ReplyDelete
  5. sama la. orang kasi award dan tag, terasa malas nak buat. ngee^^

    ReplyDelete
  6. link yg mna? youtube ke?

    ReplyDelete
  7. a'a.. link video tu boleh tengok ka tak?? awat belalang hijau cakap takleh view? maisyara boleh view ak?

    ReplyDelete
  8. Tips dapatkan trafik ini aku dapatkan dari blog sahabat kita digengblogger, jika inginkan trafik yang mantap baca tips disini http://myvitrd.blogspot.com/2010/05/tips-tingkatkan-trafik-menggunakan.html

    ReplyDelete
  9. singgah pagi jumaat dapat projekalpha ...

    ReplyDelete
  10. mai boleh view jep. adesh.. nanti mai try kasi lagi skali.. T___T mase tu youtube mai prob kot.

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates